Review RUD

Salam.....Tadi aku menerima emel dari Adhan yang baru selesai membaca RUD....Setelah debaran menunggu novel aku keluar...kini aku menghadapi debaran dalam bentuk yang lain pula iaitu menanti komen-komen daripada pembaca yang sudi membaca RUD...Kepada sesiapa yang mungkin tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya kisah RUD ini mungkin ini boleh membantu anda semua...saya paparkan sebahagian dari emel yang diberikan..Kepada Adhan....terima kasih banyak2 ya...
ok,saya suka RUD..dari gaya penulisan awak ni, saya nampak dah banyak kemajuan (ye lah, dah buku ke-3 kan..)...jalan cerita pun straight je..takde payah nak fikir teruk-teruk...gaya bahasa pun mudah, takde nak bunga-bunga...bukanla saya ni 'anti' ayat bunga-bunga tapi kadang-kadang kalau ada ayat bunga-bunga tu jadi macam jiwa-jiwa pulak hehehehe..cara awak tulis tentang Amie Najla' memang saya kagum...saya tahu awak mesti dah buat banyak rujukan dan disebabkan telitinya awak 'melahirkan' Amie, saya rasa macam awak pergi interview perempuan yang betul-betul mengalami penderitaan jiwa macam tu...untuk watak-watak sampingan tu pun saya puas hati la sebab saya boleh 'masuk' dalam 'diri' diaorang tu...
keseluruhan jalan cerita, saya puas hati..tapi sebenarnya saya tak sangka macam tu ending dia..saya tak sangka betul perkara yang menimpa Suraya tu...memang saya tak dapat nak tahan sebak masa Jad luahkan rasa hati dia demi untuk 'melepaskan' Suraya..saya macam dapat rasa kesedihan tu...ye lah, hati siapa tak sedih kan..nak lepaskan orang tersayang buat selamanya...tapi ending yang awak buat tu memang ada dalam realiti kehidupan kita...nak tak nak kena terima..walaupun sekadar cerita tapi selalunya kita buat cerita berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..kan? saya suka la ending tu walaupun begitu sebab tak perlu saya nak fikir apa yang terjadi lepas tu (saya kata gini sebab ada penulis suka buat ending tergantung..hehehehe)

review pembaca


komen kedua dr pembaca...

Bukak je emel, aku terkejut dan tersenyum lebar sebab mendapat komen dr pembaca ( tulippurple95@yahoo.com) yang sudah membaca RUD. Ini merupakan komen kedua yang aku terima selepas komen dr novelis lynn dayana. Komen ini dtgnya dr adik tulip dr shah alam...buat adik tulip..terima kasih banyak2 akak ucapkan. Teruslah menyokong akak ya...
Tahniah di atas buah tangan yang CEMERLANG....

kak Dhiya, saya dah baca novel ketiga akak ni. saya nak ucapkan tahniah kat akak sbb menghasilkan karya yang amat mengagumkan ini. untuk pengetahuan akak saya telah pun membaca kedua2 novel karya akak sebelum ni, dan ingin sekali saya katakan yang novel akak menjadi bagus dan semakin bagus dari novel pertama hingga novel yang terbaru ni.

selepas saya baca novel ini, apa yang terlintas di fikiran saya, sebagai penulis akak dapat menggambarkan dengan jelas bagaimana emosi atau sikap Amie apabila kehidupannya musnah akibat musibah yang menimpanya.bagi saya akak amat mendalami watak - watak dalam karya tersebut sehingga saya berasa empati terhadap watak Amie dalam novel ini. selain itu, jalan ceritanya atau plot yang teratur dan menarik melicinkan pembacaan saya.

dan yang paling penting sekali saya berasa amat kagum dengan penggunan bahasa yang amat indah dalam karya akak sehingga menyebabkan sy mengalirkan air mata tanpa segan silu. akhir sekali, say sekali lg nk ucapkan tahniah kpd akak dan sy harap akak akan terus menghasilkan
karya yang terbaik untuk masa akan datang.

p/s - aku menjadi semakin berdebar menunggu komen yang lain2...

sneak peak II

Seminggu sebelum perkahwinan, mereka terpisah....5 tahun berlalu, mereka bertemu dalam keadaan yang tidak akan pernah mereka jangkakan....


Pertama kali menatap wajah Amie, Jad terpaksa akur, Amie tidak pernah hilang dalam ingatan. Walaupun Amie meninggalkannya bertahun dahulu namun dia tidak dapat menafikan bahawa Amie tetap agung dlaam hatinya. Namun Jad akur, sedalam mana dia mencintai wanita itu, dia tidak mempunyai hak itu lagi. Hak...yang telah diberikan kepada insan lain. Hak...yang diragut tanpa kerelaan.

Amie pergi membawa kisah duka yang berpanjangan. Menyimpan seribu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Mengusung dendam yang tidak berkesudahan. Lima tahun membawa diri ke ALhambra rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad Imran. RINDU UNTUK DIA kembali membawanya pulang.

Namun kepulangannya ternyata satu kesilapan. Ada insan yang memerhati dalam diam. Ada insan yang menyimpan dendam. Ada insan yang tidak senang akan kehadirannya. Ada insan yang mahu dia kekal memamah derita.

Bersama Jad, Amie meganyam impian. Di sisi Jad, Amie kembali menemui harapan. Berdua mereka tekad menempuhi dugaan yang datang namun mampukah mereka merampas semula kabahagian yang dinafikan?


p/s - ini bukan blurp novel yang sebenar

sneak peak I

Kata Amie,

Mimpi kita serupa. Menganyam rindu, kasih dan cinta ini bersatu agar di satu hari nanti kita mampu bersemayan di takhta singgahsana bahagia. Namun kini, aku tahu semua itu hanya mimpi belaka. Bila aku terjaga, aku sedar bahawa hidup ini tidak seindah yang dijangka. Bahagia yang didambakan ternyata bukan milik kita. Rindu yang belum berhenti sudah terpadam marak cintanya. Tegakah aku melepaskan sebuah cinta?


Kata Jad Imran,

Bertemumu menjadikan mimpi aku sempurna. Mencintaimu melengkapkan hidupku. Aku pantas mahu menjadi lelaki terbaik buatmu. Namun, kehilanganmu membuatkan aku rasa berdosa. Engkau menjadikan aku lelaki yang lara. Engkau pendusta. Engkau khianati cinta kita. Engkau musnahkan segala impian yang dibina bersama. Engkau...! Yang masih aku cinta. Selamanya.

Kata mereka,

Bila seseorang itu ketawa tidak semestinya mereka gembira. Mereka menangis bukanlah bererti jiwa lara. Pandanglah!Renungkanlah! Selami hati ini dan kau akan temui jawapannya. Kebenaran kadang kala tidak terlihat dek pandangan mata kasar. Ia seperti cinta...hanya dirasai dengan hati. dan cinta juga datang dengan lembut tanpa disedari.


p/s - ini bukan sinopsis / blurp novel yang sebenar.