Review Rinn ( ****)

Selepas membaca 3 karya DZ, saya dapati dia gemar menulis kisah cinta yg bertahun-tahun terputus bertaut kembali. Ku Damba Bahagia: Taufik-Alia, Rindu Belum Berhenti: Izz-Adni dan yg terkini Rindu untuk Dia: Jad-Amie. Dan DZ suka yer letak nama2 pendek heroin2 dia yg bermula dgn huruf 'A'. Saya rasa tajuk novel nya yg ini sesuai benar dgn nama penanya Dhiya Zafira, Rindu untuk Dia.
Romantis Thriller kelihatan semakin sebati dengan DZ. Kisah ini bagi saya lebih sarat daripada RDB yg mengalunkan rentak yg sama. Mungkin kerana cerita ini byk membuat saya menangis. memang improvement yg sangat ketara dlm cara DZ menulis scene2 sedih dan semakin menyentuh perasaan. Kalau dulu scene sedih hanya ada sikit jer, tapi dlm novel ni memang banyak dimasukkan scene2 sedih sampai boleh bengkak mata wo lepas baca novel nih.
Watak Amie memang mengundang simpati menggunung setiap kali membaca kisahnya. Memang nangis jer la sepanjang baca kisah ni. DZ sentiasa menyelitkan misteri yang membuat kita tertanya-tanya di sepanjang pembacaan dan misteri2 itu diurai satu persatu dengan tidak dilengah-lengahkan. Ada sesetengah penulis cuba menyimpan elemen misteri itu sehingga membuat kita bosan tapi DZ berjaya mengeksploitasi elemen ini dengan baik. Bila start baca memang tak bleh nak berenti dah.
Watak Jad mungkin tidak segagah Izz atau sejiwang Taufik, tetapi jiwanya yg kental penuh dgn rasa kasih sayang dan tanggungjawab. Dia sanggup melakukan apa saja utk org di bawah tanggungjawabnya dan org yg dikasihinya sehingga tiba ke saat2 yg sangat getir, antara hidup dan mati, dia terpaksa memilih utk menyelamatkan org yg dikasihinya atau org yg di bawah tanggungjawabnya.Penceritaan emosi Amie yang sangat kompleks ditangani dgn baik sekali oleh DZ. Membuat kita sama2 terseret dalam dilema seorang Amie. I'm impressed.
Kisah ni tentang Jad yg kebingungan ditinggalkan Amie beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Sue menggantikan tempat Amie di pelamin mereka. Sue ni memang tau siapa Amie buat Jad dan dia takkan dapat menggantikan tempat yg Amie tinggalkan. Tanpa pengetahuan Jad, Amie sebenarnya menanggung penderitaan yang teramat dan dia pergi demi kebaikan. Namun titik hitam itu menjadi trauma sepanjang hidupnya. 5 tahun kemudian, mereka bertembung semula. Amie masih lagi menjadi insan misteri dan Jad mahu membongkar misteri itu. Cuma saya terfikir, kalau Amie teramat trauma dengan apa yg terjadi, kenapa dia kembali ke tempat yang bakal menjadikan dia lebih trauma lagi kerana ia melibatkan org2 yang bahaya.
Kalau dlm Kudamba Bahagia DZ menggunakan lagu Lady by Kenny Rogers, dlm Rindu Belum Berhenti buat aku nyanyi2 balik lagu Don't Cry Joni, kali ni RUD membuat lagu How Can I Tell her terngiang ngiang di telinga. DZ ni suka lagu lama2 la. huhu...Sinopsis/blurb novel ini sedikit membunuh suspen cerita. "Malah cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa." Terus dah bleh teka sapa yang akan mati dlm citer nih. apa2pun saya suka citer ni sebab semuanya diakhirkan dgn baik, tidak membiarkan kita tertanya-tanya. Yg best tu org jahat bersepai kena langgar keretapi. AND!!!! Izz Karami muncul semula dlm novel ni, tapi tak 'nampak' pulak Adni ngan Iman ;). Bella Rosa plak menjadi salah satu lokasi misteri dlm citer ni :) Seronok pulak biler baca something yg membuat kan kiter teringat citer lain. Ekcili citer ni mengingatkan saya kat Alia-Taufik jugk sbb ada bahasa Sepanyol. Well sebenarnya lepas baca citer ni aku baca semula "Kudamba Bahagia". :)

Komen Azrin

Dari Kaca Mataku Rindu Untuk Dia...Jujurnya, kak Dhiya sangat improve dalam novel ketiganya ini. Jalan cerita dan plot yang sangat teratur dan licin. Bahasa yang digunakan juga sangat ringkas tetapi penuh bermakna. Dapat aku rasakan setiap perasaan dan 'jiwa' watak-watak utama terutama Amie dan Jad dalam setiap bait, rangkap tulisan kak Dhiya ini. Kegusaran, kegelisahan, kegembiraan, rasa cinta dan rasa simpati jelas disignifikasikan melalui setiap coretan perkataan yang digarap oleh kak Dhiya.
Watak Amie dan Jad, benar-benar dilukis dengan penuh perasaan oleh beliau. Bila Amie gusar, aku turut sama mengalami kegusaran, bila Jad tertekan aku turut sama berasa tertekan. Novel ini juga, mencantas segala kritikan dan sinikal segelintir pihak yang menanggap novel-novel cinta hanya memaparkan mesej percintaan semata-mata, sebaliknya dalam Rindu Untuk Dia aku dapat menimba maklumat mengenai jenis-jenis Amnesia, jenis-jenis trauma dan juga didedahkan dengan dunia kepolisan yang sebenarnya.
Jelas menunjukkan bahawa kak Dhiya membuat banyak homework sebelum diadaptasikan ke dalam Rindu Untuk Dia. Syabas Kak Dhiya!Dari Dalam Hatiku : "Rindu Untuk Dia ; Merakam episod kemurungan Amie Najla', cerita luka Jad Imran, suci hati seorang Suraya dan betapa akrabnya sahabat bernama Hani serta tumpasnya kehidupan Zahim durjana"

Komen - Qunia

Apa yang saya boleh katakan untuk novel ini ialah terlalu banyak insiden yang cuba dicipta penulis untuk membuatkan novel ini menarik dan tidak statik. Ada-ada saja peristiwa yang berlaku dari awal pembacaan sehingga ke akhir cerita. Adakala membuatkan saya sedikit kebosanan juga untuk membacanya. Entah kenapa saya merasa chemistry novel ini kurang melekat di jiwa saya. Saya kurang merasa teruja untuk mengikuti episod pelarian Amie dari si penjahat yang cuba untuk menghapuskannya.Novel ini mengetengahkan kemelut jiwa dan trauma yang dialami oleh Amie sebagai mangsa rogol. Amie terpaksa lari meninggalkan Jad di saat detik bahagia mereka berada di ambang pintu gara-gara satu peristiwa pahit telah terjadi ke atas dirinya. Setelah lima tahun membawa diri kini dia muncul semula di depan Jad secara tidak sengaja. Antara Amie dan Jad, masing-masing masih menyimpan rasa kasih segebu lima tahun dahulu. Hasrat di hati untuk menyulam cinta yang lama ditinggalkan namun halangan yang terpaksa mereka tempuhi ialah pabila Zahim juga turut mengetahui bahawa Amie telah kembali. Tambahan lagi status Jad kini adalah suami kepada Suraya. Zahim yang tidak mahu rahsia hitamnya terbongkar telah mengupah orang untuk menghapuskan Amie.

review RUD (spoil alert)

Novel ni saya beli sebelum bertolak balik ke Kemaman baru-baru ini. Buat bekal di dalam bas. Perjalanan di siang hari teramatlah "memboringkan". Dhiya Zafira punya novel memang best. Saya dah baca dua karya beliau yang terdahulu. Ku Damba Bahagia dan Rindu Belum Berhenti. Rindu Untuk Dia ni berkisahkan Amie dan Jad Imran.
Sinopsis Sini Amie dan Jad Imran ni bertunang namun Amie melarikan diri seminggu before majlis kahwin. Sebabnya, Amie di rogol oleh bekas tunangnya, Zahim. Awal-awal baca, memang saya langsung tak jangka. Banyak persoalan dari awal sampai nak habis. Tapi cara pengolahan teramatlah berkesan. Banyak yang saya tak menjangka tetapi itulah yang terjadi. Zahim dalam cerita ini sangat jahatlah. Last-last mati dilanggar kereta api. Padan muka!
Jad is a very gentleman for me. Tapi kesian la pulak kat Suraya sebab si Jad ni tak jaga hati isteri. Tapi itulah pengorbanan Suraya untuk membalas jasa Jad yang pernah menyelamatkannya. Sedih siot kalau jadi Suraya. Boleh pulak dia suruh Jad ni pergi selamatkan Amie sedangkan dia sendiri bertarung dengan maut. Apapun, Jad mestilah pergi coz Amie ni perempuan yang dicintai. Then, bila Jad dah pasti Amie betul-betul selamat, dia tinggalkan Amie dan kembali kepada isterinya. Ada juga kisah Izz Karami (RBB) dalam novel ni. Cuma tak tahu pasal Adni je. Rindu lah kat watak depa berdua tu!
Saya juga tertarik dengan cara Jad perkenalkan dirinya kepada Amie. Siap dengan maksudnya sekali. Fuyoooo hebatlah! Part yang Jad pukul Zahim kat car park. Punyelah ingat betul-betul sampai lebam tangan. Rupanya mimpi. Pastu bila adik dia tanya kenapa dengan tangan, marah la pulak. Padahal malu sebab mimpi sampai p hentam ntah apa-apa! Ada juga unsur rasuah yang melibatkan pihak atasan PDRM dan KDRM. Actually in real life, memang ada orang atasan yang terlibat. Merekalah yang menjadi "orang dalam" untuk menyebarkan maklumat kepada penjenayah.Niway, Conrats Dhiya Zafira. Novel ini lain dari yang lain. Dah jemu layan novel cinta-cintun sekarang ni. Sekali sekala nak juga beralih angin kan? Belilah. Confirm best nyer!