review RUD (spoil alert)

Novel ni saya beli sebelum bertolak balik ke Kemaman baru-baru ini. Buat bekal di dalam bas. Perjalanan di siang hari teramatlah "memboringkan". Dhiya Zafira punya novel memang best. Saya dah baca dua karya beliau yang terdahulu. Ku Damba Bahagia dan Rindu Belum Berhenti. Rindu Untuk Dia ni berkisahkan Amie dan Jad Imran.
Sinopsis Sini Amie dan Jad Imran ni bertunang namun Amie melarikan diri seminggu before majlis kahwin. Sebabnya, Amie di rogol oleh bekas tunangnya, Zahim. Awal-awal baca, memang saya langsung tak jangka. Banyak persoalan dari awal sampai nak habis. Tapi cara pengolahan teramatlah berkesan. Banyak yang saya tak menjangka tetapi itulah yang terjadi. Zahim dalam cerita ini sangat jahatlah. Last-last mati dilanggar kereta api. Padan muka!
Jad is a very gentleman for me. Tapi kesian la pulak kat Suraya sebab si Jad ni tak jaga hati isteri. Tapi itulah pengorbanan Suraya untuk membalas jasa Jad yang pernah menyelamatkannya. Sedih siot kalau jadi Suraya. Boleh pulak dia suruh Jad ni pergi selamatkan Amie sedangkan dia sendiri bertarung dengan maut. Apapun, Jad mestilah pergi coz Amie ni perempuan yang dicintai. Then, bila Jad dah pasti Amie betul-betul selamat, dia tinggalkan Amie dan kembali kepada isterinya. Ada juga kisah Izz Karami (RBB) dalam novel ni. Cuma tak tahu pasal Adni je. Rindu lah kat watak depa berdua tu!
Saya juga tertarik dengan cara Jad perkenalkan dirinya kepada Amie. Siap dengan maksudnya sekali. Fuyoooo hebatlah! Part yang Jad pukul Zahim kat car park. Punyelah ingat betul-betul sampai lebam tangan. Rupanya mimpi. Pastu bila adik dia tanya kenapa dengan tangan, marah la pulak. Padahal malu sebab mimpi sampai p hentam ntah apa-apa! Ada juga unsur rasuah yang melibatkan pihak atasan PDRM dan KDRM. Actually in real life, memang ada orang atasan yang terlibat. Merekalah yang menjadi "orang dalam" untuk menyebarkan maklumat kepada penjenayah.Niway, Conrats Dhiya Zafira. Novel ini lain dari yang lain. Dah jemu layan novel cinta-cintun sekarang ni. Sekali sekala nak juga beralih angin kan? Belilah. Confirm best nyer!

0 comments:



Post a Comment