Apa yang saya boleh katakan untuk novel ini ialah terlalu banyak insiden yang cuba dicipta penulis untuk membuatkan novel ini menarik dan tidak statik. Ada-ada saja peristiwa yang berlaku dari awal pembacaan sehingga ke akhir cerita. Adakala membuatkan saya sedikit kebosanan juga untuk membacanya. Entah kenapa saya merasa chemistry novel ini kurang melekat di jiwa saya. Saya kurang merasa teruja untuk mengikuti episod pelarian Amie dari si penjahat yang cuba untuk menghapuskannya.Novel ini mengetengahkan kemelut jiwa dan trauma yang dialami oleh Amie sebagai mangsa rogol. Amie terpaksa lari meninggalkan Jad di saat detik bahagia mereka berada di ambang pintu gara-gara satu peristiwa pahit telah terjadi ke atas dirinya. Setelah lima tahun membawa diri kini dia muncul semula di depan Jad secara tidak sengaja. Antara Amie dan Jad, masing-masing masih menyimpan rasa kasih segebu lima tahun dahulu. Hasrat di hati untuk menyulam cinta yang lama ditinggalkan namun halangan yang terpaksa mereka tempuhi ialah pabila Zahim juga turut mengetahui bahawa Amie telah kembali. Tambahan lagi status Jad kini adalah suami kepada Suraya. Zahim yang tidak mahu rahsia hitamnya terbongkar telah mengupah orang untuk menghapuskan Amie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment