Dari Kaca Mataku Rindu Untuk Dia...Jujurnya, kak Dhiya sangat improve dalam novel ketiganya ini. Jalan cerita dan plot yang sangat teratur dan licin. Bahasa yang digunakan juga sangat ringkas tetapi penuh bermakna. Dapat aku rasakan setiap perasaan dan 'jiwa' watak-watak utama terutama Amie dan Jad dalam setiap bait, rangkap tulisan kak Dhiya ini. Kegusaran, kegelisahan, kegembiraan, rasa cinta dan rasa simpati jelas disignifikasikan melalui setiap coretan perkataan yang digarap oleh kak Dhiya.
Watak Amie dan Jad, benar-benar dilukis dengan penuh perasaan oleh beliau. Bila Amie gusar, aku turut sama mengalami kegusaran, bila Jad tertekan aku turut sama berasa tertekan. Novel ini juga, mencantas segala kritikan dan sinikal segelintir pihak yang menanggap novel-novel cinta hanya memaparkan mesej percintaan semata-mata, sebaliknya dalam Rindu Untuk Dia aku dapat menimba maklumat mengenai jenis-jenis Amnesia, jenis-jenis trauma dan juga didedahkan dengan dunia kepolisan yang sebenarnya.
Jelas menunjukkan bahawa kak Dhiya membuat banyak homework sebelum diadaptasikan ke dalam Rindu Untuk Dia. Syabas Kak Dhiya!Dari Dalam Hatiku : "Rindu Untuk Dia ; Merakam episod kemurungan Amie Najla', cerita luka Jad Imran, suci hati seorang Suraya dan betapa akrabnya sahabat bernama Hani serta tumpasnya kehidupan Zahim durjana"
0 comments:
Post a Comment