1st commet - JAUH KAU PERGI

Komen yang saya terima dalam emel tadi...
Kali ini novel dhiya zafira memg menarik..gaya penulisan semakin matang dan tiada bab yg berjela2..apa yg menarik tentang novel dhiya ialah..dr awl penceritaan,dhiya membuatkan pembaca tertanya2 apa yg berlaku..terselit unsur2 suspen..menyebabkan rasa ingin tahu semakin memuncak..sehinggakan utk berhenti terasa syg! Jika anda peminat Izz Karami..dan sukakan karekternya..saya rasa watak utama kali ni , kapten Hayyan Rifqi @ Riff, dapat menandingi watak Izz..sebelum ini saya juga sukakan watak Izz, tetapi setelah membaca JKP, rasa suka tu dh berpindah kepada Riff dan juga Najmi..hehe..inilah kelebihan Dhiya..watak hero digambarkan dgn begitu baik sehingga ada yg gila bayang..:-)

Dhiya juga berani meneroka kehidupan seorang Komando..sblm ni saya tak pernah tahu dan terbayang bagaimana komando melaksanakan misinya..sekurang2nya..setelah membaca JKP, terbayang juga bgmana cara hidup atau bidang kerja seseorang komando..bagi saya Dhiya berjaya menggarap kisah komando dlm novel kali ini..tahniah..sesuai dgn topik komando, JKP penuh dgn aksi..terasa seperti menonton filem mat salleh pulak( spt ada pembaca kata mcm cerita rambo...hahaha)..hehe ..walau padat dgn aksi lasak, tetapi Dhiya pandai memainkan emosi pembaca..sekejap kita akan rasa sedih, sekejap ketawa, sekejap membuai rasa..

Watak antara Afi dan Riff, tidak pernah membosankan saya..walau Riff seorang komando, tp dia tetap manusia biasa..ada rasa keliru, sedih, terlalu berahsia..tewas dgn perasaan sendiri jika membabitkan insan yg disayangi..

Jika anda sukakn aksi dan romantik, bacalah JKP kerana anda tidak akan bosan..dan jika anda terbiasa baca novel yg melankolik,mendayu2, cubalah baca JKP..anda akan sukakannya..semua elemen; suka, sedih,ceria,cemas,aksi; diadun dgn baik oleh dhiya..dan jika anda peminat novel dhiya..belilah cepat JKP sbb gaya penceritaan dhiya semakin menarik dan matang..

Saya tak boleh nk huraikan byk ttg JKP sbb nnti tak surprise utk pembaca lain..Beli dulu,baca dan hayati..anda akan rasa berbaloi membelinya..

PSt:-kan bagus kalau dpt di buat drama ( Drama je? filem lg best kot..heheheh)?? mesti lagi seronok..

0 comments:



Post a Comment