Tq banyak2 Jan..akak betul2 rasa terharu sebab Jan sanggup luangkan masa menulis review aka post mortem yang panjang gila ni...takpe..panjang2 pon akak rela je baca..hahahha...tapi jangan ada yg kata saya upah Jan puji buku2 saya okeh...tak ada kerja saya & Jan nak buat macam tu...hahahha...saya suka komen yang baik dan membina..bukannya sampai menjatuhkan semangat...Kalau tidak suka dengan karya saya...it's ok..saya terima...selera kita memang berbeza-beza...Kalau karya2 saya ni hampeh..tak best pon..boring ke apa...sila beri komen yang membina, di mana saya boleh memperbaiki corak penulisan saya..bukannya...kutuk tak henggat tapi bila tanya..sila beri cadangan n pendapat, senyap pulak...adoi..malas saya nak layan pembaca macam ni...
Bacalah....sebijik sebuntal saya copy paste dr blog beliau...jahnscar
Assalamualaikum w.b.t,
Bertemu lagi kita di ruangan ini… terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada kak Dhiya Zafira kerana mengambil masa yang agak lama untuk me-review hot novel terbarunya, Jauh Kau Pergi (JKP).
Hmm, bagaimana nak saya mulakan yer, beginilah…
Kapten Haiyan Riqfi is sooooooo…… damn COOL!!!! (terima kasih kepada penulis kerana menambah koleksi jantan-jantan macho dalam novel)
Akhirnya saya terpaksa mengakui lelaki ini menewaskan Izz Karami (but wait, hanya dalam sesetengah perkara sahaja), sedih rasanya bila terpaksa mengakui ada lelaki lain yang sehebat Izz (huhh!) okaylah, kita tinggalkan Izz sebentar, lets focus more to Rif.
Kapten Haiyan Rifqi (Rif), dia adalah seorang komando, obviously. Yang sangat menyanjung tinggi kerjaya itu, yang sangat macho, yang sangat jantan, yang sangat menjadi kegilaan gadis-gadis, even mak cik-mak cik and isteri-isteri yang gilakan novel, yang tak henti henti membayang bagaimana jika suami mereka seperti Rif. Seperti saat Rif keluar dari bilik mandi bawah hanya bertuala dengan badan yang tidak dilap... (usah biarkan fikiran anda meleret ke arah itu, sila jangan!).
Rif seorang yang pada sayalah, sensitive (mamat Izz tu tak sensitive lak???), tidak boleh dicuit masa silamnya (samalah dengan Izz pun). Dia pandai berahsia (Izz pun sama, what?). Basically, kalau kita nak tengokkan dari segi luarannya, dia ni tak ada kurangnya, sikit pun tak (Izz pun sama, okay!!!). Cuma seperti novel-novel terdahulu, penulis menggunakan pendekatan dimana, masa silam yang pahit itu kalau disimpan dalam hati akan membawa kepada kesukaran hidup untuk bahagia pada masa akan datang (betul ke ayat aku ni?). Hal ini dapat kita lihat dengan jelas melalui Izz Karami (RBB), Amie Najla’ (RUD) dan sekarang, Rif (JKP). Kesemua mereka menjadi mangsa kisah silam yang menjerakan. Suka saya ulangi lagi kesukaan penulis, PTSD… Post Traumatic Stress Disorder… dalam JKP, penulis tidak menyatakan secara jelas tapi, mereka ini adalah tentera. Kita tahu tentera adalah individu-individu yang paling vulnerable terhadap masalah ini. Biasanya, selepas menjalankan misi, hal ini ada dinyatakan oleh penulis dalam novel ini; dimana, Kapten Najmi Hariri (hebat namanya…) hampir-hampir menumbuk@menampar Afi dalam igaunya. Dan Rif pula merembat muka Afi dalam keadaan separa sedar. Penulis mengarap perkara ini dengan lebih ringan, mungkin kerana beliau tahu yang pembaca sudah makin arif tentang perkara ini.
Saya nak bercerita lagi tentang Rif, entah kenapa saya cuba mengatakan yang Izz lebih baik. Tapi kenyataannya, tidak. Selepas selesai menelaah JKP saya dapati yang banyak kualiti yang menarik tentang Rif. Ada masanya dia boleh jadi lawak, ada masanya dia jadi pendiam, murung dan ada masanya dia jadi pemarah. Berlainan dengan Izz yang hampir sepanjang masa seorang yang dingin. Izz menyelamatkan Adni kerana cinta, Rif pula menyelamtkan Afi kerana tanggungjawab dan amanah. Perbezaan di situ saya cuba amati dalam-dalam. Saya cuba menyelami perasaan seorang Rif. Namun sampai separuh novel berjalan saya masih keliru dengan lelaki ini. Bukannya gaya penceritaan kak Dhiya susah difahami, cuma saya lebih kepada menyelami psychological Rif, sebenarnya. Jika benar manusia sebegini wujud, apakah yang dia fikir sebenarnya. Selepas klu tentang Nadia diketahui, saya menyimpulkan satu hipotesis, menyelamatkan Afi mungkin juga salah satu cara redemption yang dia lakukan untuk menebus rasa bersalah kerana tidak mampu melindungi Nadia. Walaupun pada akhirnya dia tewas dan ingatan terhadap Nadia makin kejap dia rasai. Sekaligus melukakan hati Afi. Yang dikejar takkan pernah dapat, yang dikendong tercicir begitu sahaja (panjang lebar kau membebel, hah!). Dalam novel ini, watak Rif dikembangkan dengan sangat cantik, sangat lancar sekali. Awalnya dia seorang yang dingin (@nampak dingin), dia kemudiannya berubah menjadi pak lawak sedikit (untuk menutup realiti yang sebenarnya dia terseksa dengan kenangan) dan akhirnya apabila semua terbongkar, dia bagai hilang punca (entah apa yang dia lakukan, semua nampak serba tak kena).
Hmm, lagi? Tema novel ini. Daerah Paling Sepi di Dunia Adalah Hati Tanpa Cinta. Saya terfikir sejenak. Penggunaan kata yang begitu puitis, marvelous! Hahaha, but seriously, almost half of the novel, saya tak tahu nak me-refer-kan quote ni untuk Afi atau Rif. Hanya pada bahagian dimana Afi menatap gambar Rif (tanpa baju… lagi?), Rif memandang orang yang mengkap gambar itu dengan penuh rasa cinta. Di situ saya mula merasakan yang pasti ada seseorang yang pertama menjadi orang kesayangan Rif, sekaligus mengingatkan saya kepada prolog novel ini. Done.
Hmm, selain kerjaya sebagai komando angkatan tentera darat, dapat juga kita lihat lagi satu kerjaya yang berjasa buat Negara. Pustakawan. (Hahaha!!!) Like seriously, gelak kenapa? Tapi betullah cakap kak Dhiya, kerjaya sebagai pustawan ini memang kat Malaysia dipandang sebelah mata. Aku pun kadang-kadang terfikir gak. Heheh… (padahal kau suka jer sepah-sepahkan buku kat Lib, kan?) Ah, diamlah kau! Mereka ini adalah mereka-meraka yang berurusan dengan ilmu, sedikit sebanyak, ilmu yang kita nak guna, worse come to worse, kita kena jugak jumpa mereka ni one day nak minta tolong jugak… hmm, baiklah, selepas ini saya akan bersikap lebih baik terhadap pustakawan-pustakawan sekalian. Hahaha. Done.
Actually, saya tak nak cerita banyak sangat pasal novel ni, especially synopsis. (korang beli and baca sendiri. Lagi satu jangan harap nak pinjam dari aku setelah kau menjahanamkan RBB aku, kau tau sape kau!!!) Berbaloi beli novel ni, korang mencari penulis berbakat yang bukan nak menulis cerita meleleh-leleh semata-mata? Korang dah jumpa! Sila beli and baca novel ni. Cakap banyak tak guna. Done
Yes, the best part… yang aku tunggu tunggu.
Mari kita contrast and compare Izz Karami dengan Haiyan Rifqi:-
Similarities (sila note that ini adalah dari perspektif saya sahaja, yer. Sila jangan serang jika anda tidak setuju.)
1. Kedua-duanya hensem.
Aduh, kau pernah pulak baca novel membayangkan heronya bermuka tayar,kan? Kalau dulu aku ada mengatakan yang aku membayangkan Izz itu seperti Piolo Pascual. Dan ada yang membayangkan Izz seperti Kevin Costner waktu muda-muda. Sekarang mesti ada yang membayangkan Rif ni macam Jacob, kan… nak-nak tang six pack dia! Hahaha, bingo! (mungkin hanya six pack Jacob sahaja yang dibayangkan para pembaca.)
2. Kedua-duanya macho.
Sorang tu ex-convict, sorang tu lak komando. What do you expect? Dah konfem-konfem la mereka ini 2 manusia yang macho tahap gaban. Kalau Izz kita bayangkan pakai jaket kulit hitam, jeans lusuh, ada rambut (yess!!! Izz menang!!!!) dengan Berretta dia. Uuuiihhh, macho dowh! Rif? Korang dah tau-tau yang dia ni mamat tentera. Not just tentera LLP (bak kata penulis), komando okay. Itu dah cukup menunjukkan betapa machonya dia. Mesti best giler buat rappelling, abseiling tu sumer, kan. Duhhh!!!
3. Kedua-duanya tinggi
Ini adalah personal confession dari penulis sendiri, bukan hanya Rif dan Izz sahaja. Jad dan Taufik juga. Nampaknya penulis sendiri menyukai lelaki bertubuh tinggi dan tegap. Hai…
4. Kedua-duanya hebat berlawan.
Rif, seorang komando yang konfem-komfem terlatih dengan TEMPUR TANPA SENJATA (TTS). Hehehe, kau tahu benda ni, dulu masa kat kem Khidmat Negara Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, aku ada belajar sikit-sikit. Best! Izz pulak, tidak diterangkan adakah dia belajar berlawan apa-apa martial art apa-apa pun. So, kita boleh cakap yang Izz is a natural-born fighter (yess, Izz menang lagi!!!)
MAJOR differences
1. Background.
Kita sedia maklum yang Izz datang dari keluarga ‘bahagia’, ada ibu, bapa dan adik. Dia juga bolehlah juga nak dianggapkan kaya jugak sebab mampu pergi belajar kat overseas. Rif pula, belajar di UTM, walaupun yuran UTM jauh lebih tinggi dari UiTM(seperti saya sekarang, hahaha!) tapi, kira murahlah kalau nak dibandingkan dengan Izz. Belajar dekat Sheffield, hah…selain itu, Rif adalah nak yatim piatu (kot…), sebab tu dia mintak tolong parents Helmi untuk meminang Nadia. See, mereka ini berbeza.
2. Pandai nyanyi.
Masih ingat lagi lagu ‘Wild World’ nyanyian Mr. Big yang menjadi lagu tema RBB? Dalam novel tersebut, Izz menyanyi lagu itu. Walaupun Adni ada berkata yang suaranya tidaklah semerdu Mr. Big tapi bolehlah terhibur. Ini menunjukkan yang suara Izz is not bad. Rif??? Anda nak dengar lagu GERAK KHAS? (mungkin bukan lagu Gerak Khas tv2 tu… mendengarkan lagu itu pun buat telinga ni tersumbat, inikan pulak lagu GERAK KHAS yang betul-betul tu. FAIL!!!! Izz menang!!!).
3. Awek.
Digambarkan yang awek Izz, Adni Zuhayra (Adni) adalah seorang wanita yang tinggi lampai. Dia juga sangat kaya. Sangat lawa. So, sangat sempurna. Afiqah Najwa (Afi) pula, berketinggian wanita melayu tipikal, rendah-rendah tinggi gitu. (pakai heels la kot…), lawa…bertudung. Lebih muslimahlah kot. Adni tidak dinyatakan sama ada bertudung atau tidak. Berbalik kepada Afi, dia seorang pustakawan, Adni pula pemilik resort.
Hmm, itu jerlah yang dapat saya compare and contrast buat masa ini. Sebelum saya lupa, dengar cerita, novel akan datang adalah cameo dari JKP. Siapakah dia? I’m thinking Kapten Najmi Hariri. Korang yang tak undi lagi, undi Jimmy tau!!!!!
By the way, Rif is cool but Jimmy rocks!!!!
Anyway, rasanya dah banyak dah saya mengarut ni. Kena say goodbye dulu. Kepada sesiapa yang belum baca JKP, sila baca sebab cerita ini sangat hebat and the best from Dhiya Zafira buat masa ini!
0 comments:
Post a Comment